Kerajaan pusat mengadakan kerjasama lebih erat dengan kerajaan negeri Kelantan dalam usaha memperkasakan sekolah pondok dan pengajian agama di negeri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, dalam kunjungan pertama ke Kelantan, beliau menyaksikan banyak potensi kerjasama, terutama dari segi agama dan pendidikan.
"Saya melihat isu yang mungkin kita boleh kerjasama, dari sudut agama, pendidikan dan kefahaman. Kami sendiri di peringkat pusat ada ramai kawan-kawan dari Kelantan, yang memberi sumbangan yang cukup besar.
"Jadi, kalau kita ada satu kolaborasi di antara pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, kita boleh perkasakan lagi guru-guru takmir, guru-guru pondok, sekolah pondok itu sendiri. Dan itulah hasrat dan cita-cita kami.
"Ini termasuk juga guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan sebahagian sekolah-sekolah agama, yang mungkin ada peruntukan-peruntukan tertentu, kita akan tengok satu persatu mengikut kemampuan yang ada pada kita, insyaAllah," kata Zulkifli.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Program Santuni Komuniti Masyarakat Sejahtera peringkat negeri di Masjid As Salam di sini, pada Khamis, yang dirasmikan Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.
Tambah Zulkifli, pihaknya juga akan membantu menyalur bantuan untuk menaik taraf pondok dan sekolah agama di negeri ini, namun ia bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.
Pada majlis itu, Tengku Mohamad Rizam menerima replika cek bernilai RM15 juta daripada kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membayar elaun dan sumbangan kepada imam, elaun guru takmir dan bayaran khas one-off di negeri ini.
Muhafandi Muhamad
Fri Sep 04 2020
Tengku Mohamad Rizam (kanan) menerima replika cek RM15 juta daripada Zulkifli sempena Program Santuni Komuniti Masyarakat Sejahtera Peringkat Negeri Kelantan 2020 di Dewan Solat Utama, Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa, 3 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.